Thursday, 13 October 2016

5 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT ANDA!!!!




5 TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT ANDA!!!!


Post kali ini khusus untuk lelaki debab, gemuk, buncit, boroi dan seumpamanya. Jika anda ingin kelihatan sihat, segak, cergas, kacak dan lebih maskulin, bersemangatlah ikuti 5 tip untuk kuruskan badan yang akan kami kongsikan.
Penampilan lelaki pada era ini ingin sentiasa tampil yang lebih maskulin dan macho. Golongan lelaki ini, mereka bijak menghias diri dan lebih peka menjaga penampilan diri dan juga kesihatan. Namun begitu, ada juga yang sebaliknya, iaitu golongan lelaki yang langsung tidak mengambil peduli tentang semua itu apatah lagi setelah berumahtangga dan berkeluarga.
Awas kepada golongan lelaki gemuk di luar sana!!! Lemak yang terkumpul di dalam badan kita akan menyebabkan organ-organ dalaman kita tidak dapat membesar dengan sempurna. Antara penyakit yang sering menyerang golongan seperti ini adalah:
√ Sakit jantung
√ Hipertensi
√ Diabetes
√ Buah pinggang
√ Strok
√ Kanser

Jadi anda perlu lah menyingkirkan lemak-lemak yang tidak diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Hasil kajian mendapati, lelaki yang mengambil protein dapat mengurangkan sehingga 30% risiko mengidap penyakit jantung. Selain itu, ia dapat menurunkan berat badan dengan lebih seimbang tanpa mendatangkan kesan buruk kepada tubuh sendiri.
Apa Itu Protein Yang Mengandungi Nutrien Lengkap?
Protein soya juga mengandungi nutrien-nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan tisu badan. Ia baik untuk yang selalu ke gimnasium untuk membentukkan tubuh badan. Apabila kita melakukan latihan beratan seperti mengangkat dumbbell, otot yang sedang terbina kemungkinan besar akan cedera. Jadi, pengambilan protein soya adalah sesuai kerana ia dapat menyembuhkan tisu dalaman yang tercedera tanpa kita sedari.
Sebenarnya, kebanyakan atlet bina badan atau angkat berat menjadikan protein sebagai sumber makanan utama mereka. Selain dapat membentuk tubuh yang menawan, ternyata manfaat dari protein soya juga mampu menurunkan berat badan..

Saya Nak Kurus. Bagaimana Caranya?

Bagi lelaki di luar sana yang ingin kuruskan badan, berikut kami senaraikan 5 tip penting bagaimana hendak melakukannya.
1. Wajib Bersenam
Ini tip utama yang paling penting.Jika anda seorang lelaki yang ingin kuruskan badan dengan cepat, anda wajib lakukan senaman secara berkala. Anda perlu lakukan senaman kerana lemak-lemak lelaki selalunya sukar untuk pecah melainkan dengan senaman secara berterusan. Antara senaman yang boleh kuruskan badan anda adalah jogging, berenang dan berjalan kaki. Untuk pecahkan lemak yang tebal, anda perlu lakukansenaman fitness dan senaman berat di gim.
2. Amalkan Pemakanan Yang Seimbang
Ketika ingin makan, pilihlah diet makanan yang seimbang dengan kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat, makanan segera atau makanan yang diproses selain makanan berlemak dengan pengambilan yang terlalu banyak. Minum air kosong yang banyak kerana ia dapat membantu menyahtoksinkan cecair berlebihan dalam badan. Untuk variasi, cuba amalkan minum air detox yang bukan sahaja menyegarkan malah membantu membakar lemak.
3. Biarkan Perut Berasa Lapar
Jika ingin kuruskan badan dengan cepat dan selamat, anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang lapar, iaitu berpuasa. Selepas anda melakukan senaman atau ketika ingin berbuka puasa, jangan makan banyak. Makan sedikit sahaja. Perut yang sentiasa lapar bermakna lemak – lemak anda sedang dibakar untuk ditukarkan kepada tenaga. Kaedah ini jika dilakukan secara konsisten, hasilnya amat menakjubkan.
4. Ubah Gaya Hidup 
Mengapa anda rasa tiada perubahan setelah melakukan banyak perkara untuk kurus, tetapi hasilnya tidak memberangsangkan? Ini kerana anda asyik melakukan perkara yang sama sahaja tanpa apa-apa perubahan. Tinggalkan gaya hidup anda yang negatif dan pemalas kepada hidup yang lebih bermakna dan seronok. Misalnya, jika anda selalu bermain permainan video terlalu lama, banyak tidur atau lepak sambil menonton televisyen, segera henti dan ubah perangai buruk tersebut. Tukarkan aktiviti tersebut dengan aktiviti yang lebih seronok seperti menolong isteri atau ibu membuat kerja-kerja rumah, menukang, berkebun, memanjat gunung atau keluar beriadah dengan berjalan – jalan di taman.
5. Berhenti merokok
Kebanyakan lelaki menghisap rokok, shisha, rokok elektronik atau vape bermula dari zaman remaja atau mula meningkat dewasa. Jadi tabiat ini seolah-olah telah menjadi makanan harian atau ‘suplemen’ tidak sihat mereka. Tahukah anda bahawa rokok atau seumpamanya itu mengandungi bahan kimia tinggi yang akan melemahkan anda secara fizikal dan mental. Jadi, kuatkanlah semangat untuk berhenti dari terus-terusan menghisap bahan kimia demi kelangsungan hidup yang sihat dan berpanjangan. Kehidupan anda bukan sahaja semakin sihat, malah anda juga dapat menyimpan dan berjimat cermat.
ha,jadi,mana2 abang2 yang nak sado tu,tapi perut boroi,boleh cuba tips yang admin kongsikan ini,
admin rasa cukup la untuk kali ni,semoga kita berjumpa lagi pada entry akan datang,
Assalamualaikum...
Load disqus comments

0 comments