TEKNIK RAHSIA BINA BADAN DENGAN CEPAT
Cara Bina Badan Paling Cepat

Sebagai cara bina paling cepat dan berkesan, cara diet bina badan atau aturan pemakanan adalah amat penting untuk diberikan perhatian. Untuk memastikan usaha anda berhasil dengan baik.
PEMAKANAN YANG PERLU DIAMBIL untuk memastikan cara bina badan paling cepat, betul dan berkesan
Ambil lima hidangan yang terdiri dari buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan setiap pagi seperti bubur, telur separuh masak atau terlu masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar. Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijian adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijian.Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.
Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotin sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak , beras perang, roti gandum, oat, kacang dan roti rai. Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina abdomen six pack kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau emmpunyai banyak kesan terhadap kesihatan. Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perlahan.

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAK
Elak terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi banyak bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan. Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya. Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah elak mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.
Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih. Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jauhi minuman segera yang manis seperti minuman 3 in 1 dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.
setakat itu sahaja hujah admin yang acah2 sado untuk topik ni,kita jumpa di topik lain,
Assalamualaikum...
0 comments