Saturday, 24 September 2016

Langkah Mula Untuk Membina Badan

Langkah Mula Untuk Membina Badan





Assalamualaikum w.b.t


ape khabar semua?admin doakan semua sihat dan mendapat keberkatan dariNYA..
Ok baiklah,topik kita pada hari ini adalah berkenaan tips atau langkah-langkah awal berkenaan bina badan atau dalam bahasa english(bodybuilder),sebagai pemula atau beginner ni banyak perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum menceburi bidang bina badan ni,admin sendiri pun masih tahap beginner lagi,,,hahaha,jadi sama-sama belajar la ni katakan...Antara contoh aspek yang perlu kita ambil tahu adalah seperti berikut=


  • Keselamatan.
  • Teknik
  • Cara pemakanan
  • Jadual waktu

Keselamatan

ape yang admin maksudkan dengan aspek keselamatan ni ye??mudah saja tapi jangan ambil mudah perkara ni.Ok keselamatan yang admin maksudkan adalah pastikan anda menggunakan peralatan di gym mengikut arahan yang ditetapkan,jangan ikut hati sendiri pulak,selain itu guna peralatan yang sesuai untuk tahap permulaan ye...jika ingin gunakan dumbell atau barbell,guna la mengikut kemampuan dahulu,jangan terus angkat beban yang terlalu berat.

Gambar Hiasan



Teknik

Yang kedua pula adalah teknik,tidak kira anda ingin fokus pada otot bahagian mana sekalipun pastikan teknik anda betol,sebagai contoh

*OTOT DADA=BENCH PRESS&DUMBELL,INCLINE,DECLINE
                                                *OTOT LENGAN=BARBELL CURL,DUMBELL EXTENSION

Ok,admin senaraikan dua je tu,tapi sebenarnya banyak lagi.Jadi kesimpulannya,teknik ni banyak sangat jadi seharusnya kita kaji dahulu teknik yang betol supaya rutin kita tidak sia-sia..
    Chest Workout
   
Cara Pemakanan
dalam aspek pemakanan pula,kita mesti tahu makanan apa yang sesuai atau tidak sesuai diambil dalam tempoh proses bina badan,sebagai contoh jika kita dalam proses sizing,mass atau dikenali juga sebagai bulking,kita disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai protein tinggi,dan kalau boleh makan la sebanyak mana pun,sebab pada peringkat ini memang perlukan saiz badan yang besar,berlainan pula jika dalam proses cutting,ketika proses ini agak mencabar,kerana kita perlu kurangkan karbohidrat kesimpulannya kurangkan makan nasi untuk proses cutting ni,makanan tambahan pun boleh diambil tapi pilihlah yang terbaik..
          


Jadual Waktu(mingguan)

aspek yang terakhir ini adalah yang paling penting,iaitu jadual waktu untuk rutin tertentu,seperti contoh=

ISNIN=CHEST&BACK DAY
SELASA=BICEPS&TRICEPS DAY
RABU=SHOULDER&TRAPS DAY
KHAMIS=CARDIO DAY
JUMAAT=FULL ABS DAY
SABTU=LEGS DAY
AHAD=REST DAY

buat jadual anda sendiri mengikut keselesaan anda,ini adalah untuk memberi kesan yang efektif dan memberi otot anda waktu rehat yang cukup untuk membesar.

Gambar Hiasan

baiklah,admin rasa cukup setakat ini perkongsian admin untuk semua pada hari ini,cuba ikuti langkah yang admin celotehkan tadi,semoga bermanfaat dan berkesan kepada anda semua

Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi pada masa akan datang.



Eat,Workout,Sleep and Repeat
NO PAIN,NO GAIN!!!!
Load disqus comments

0 comments